PUSAT BIMBINGAN KELUARGA AL FALAH
Assalamualaikum....

Kami Pusat Bimbingan Keluarga Al Falah menyediakan Kursus Pra Perkahwinan bagi Negeri Johor sepanjang tahun 2014. Antaranya di :


    • Johor Bahru
    • Kluang
    • Parit Raja, Batu Pahat
    • Simpang Lima, Batu Pahat
    • Kulaijaya
    • Pasir Gudang
    • Tiram
Kursus diadakan pada hari Sabtu & Ahad bagi semua lokasi kecuali di Dewan Pertubuhan Peladang Parit Raja pada Jumaat & Sabtu.

Sila hubungi penganjur Puan Hasmah 019-7658235 untuk keterangan lanjut.


  • Mendapat kebenaran Jabatan Agama Johor.
  • Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor.
  • Yuran pendaftaran : RM120.00
  • Makan dan minum secara bufet disediakan.
  • Fail dan nota disediakan.
  • Bilik kuliah yang selesa dan berhawa dingin
  • Disediakan surau dan tempat letak kereta percuma.
  • Kursus diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 PERHATIAN : ANDA DIGALAKKAN MENGIKUTI KURSUS PADA BULAN SELAIN NOVEMBER DAN DISEMBER UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN DAN TEMPAHAN ANDA DITOLAK DISEBABKAN TEMPAT TERHAD KEPADA 150 ORANG SAHAJA. 

BORANG PENDAFTARAN KURSUS PRA PERKAHWINAN 2014 
Sila cetak borang pendaftaran dan bawa bersama salinan kad pengenalan dan gambar ukuran pasport pada tarikh dan lokasi kursus pilihan anda.

 TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 150 ORANG SAHAJA.

SILA BUAT TEMPAHAN SMS/WHATSAPP [NAMA PENUH] [NO. IC] [TARIKH DAN LOKASI KURSUS PILIHAN] KE 019-746 3615 ATAU DAFTAR SECARA ONLINE (KLIK DI SINI

 

Jadual Kursus Kahwin di Dewan Pertubuhan Peladang Parit Raja (TERKINI)

23 & 24 Mei 2014
22 & 23 Ogos 2014
26 & 27 September 2014
24 & 25 Oktober 2014
21 & 22 November 2014
26 & 27 Disember 2014



SYARAT-SYARAT & PERATURAN


1. Peserta dikehendaki menyertakan SATU KEPING GAMBAR BERWARNA BERUKURAN PASPORT (Lelaki : Bersongkok ; Perempuan : Bertudung & menutup aurat) dan SATU SALINAN FOTOSTAT KAD PENGENALAN.


2. Peserta hendaklah berpakaian sopan ketika menghadiri kursus seperti berikut :


i) Lelaki : Berbaju melayu, bersongkok, berambut pendek dan kemas.


ii) Perempuan : Berbaju kurung dan bertudung menutup dada tanpa menampakkan rambut. Bawa telekung untuk kegunaan bersolat.


3. Peserta dimestikan berada ditempat kursus pada jam 8.00 PAGI – 5.30 PETANG (SABTU & AHAD) serta mengikuti keseluruhan modul kursus yang telah ditetapkan.


4. Hanya peserta yang telah mengikuti keseluruhan modul kursus ini sahaja LAYAK menerima sijil dan mendapat kebenaran bernikah daripada Pejabat Agama Daerah.
5. Sijil yang dikeluarkan DIPERAKUI SAH DISELURUH MALAYSIA DAN TIADA TAMAT TEMPOH. Sijil akan diberi kepada peserta setelah tamat kursus (AHAD).




Gambar peserta kursus di T.S Hotel, Tmn Scientex, Pasir Gudang, Johor